Yakjuj yang membina..Makjuj yang memusnahkan..
Siapakah ahli gerakan New World Order (NWO)....
i) United Nation (Freemason)
ii) Vatican (Illuminati)
Anak Melayu menentang penjajahan gerakan NWO yang ditaja dan diasaskan oleh musuh-musuh Islam. Banyak kejayaan yang telah dikecapi oleh gerakan NWO semenjak 300 tahun dahulu namun begitu, hanya satu bangsa sahaja yang amat liat untuk dikuasai sepenuhnya, iaitu bangsa Melayu.
British dan Belanda telah membuang beratus-ratus pejuang Melayu dan India Muslim yang menentang penjajah di Asia Tenggara ke selatan Afrika. Mereka telah dijual sebagai hamba abdi kepada orang-orang Inggeris dan Eropah.
Pejuang-pejuang Melayu Acheh ditangkap oleh askar Belanda.
Hari ini telah terbukti bahawa keturunan India Muslim itu telah hilang dari bumi Afrika namun Melayu bisa hilang namanya, bisa hilang bahasanya tetapi masih kekal dengan Akhlak dan Agamanya walau diseksa beratus-ratus tahun..
Kini ANAK MELAYU TELAH MENEMUI SENJATA yang akan mengalahkan gerakan-gerakan musuh Islam.
Apakah senjata rahsia itu?...fikir-fikirkan..pasti bertemu jawapannya.
"The Pirates Of Malaysia (Italian: I Pirati Della Malesia) is an exotic adventure novel written by Italian author Emilio Salgari, published in 1896. It features his most famous character, Sandokan, and is a sequel to The Tigers Of Mompracem."
Gerakan NWO menipu sejarah.
1) Mengikut buku "The Reluctant Politician" bio Tun Dr Ismail, MALAYSIA ditakrifkan pada: Malay Shire (Kawasan Pentadbiran Melayu)
2) Nama MALAYSIA sudah wujud lebih 100 tahun yang lepas. Kajian yang telah dijalankan oleh UITM dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis memberitahu nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.
Nama, lagu negaraku dan bendera MALAYSIA berasal dari barat. Perancangan penjajah barat memecah-belahkan dan melemahkan dunia Melayu sudah beratus-ratus tahun dirancang oleh gerakan NWO dengan kerjasama Freemason!
3) Nama Malaysia sudah termaktub Dalam Buku Ripley's Believe It Or Not cetakan pertama tahun 1929.
Perancangan gerakan NWO Terhadap Malaysia
4) Gerakan NWO telah merancang penubuhan negara MALAYSIA pada tahun 1937. Kajian dan kritikan ini dijalankan oleh penasihat luar USA Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di Harvad University.
Wiki:Rupert Emerson
Pada tahun 1927, beliau baru sahaja menjawat jawatan professor di Harvard University dan dikenali "Specialist On Nationalism In Asia"
5) Buku ini dihasilkan selepas 10 tahun peletakan batu asas Freemason (gerakan sulit yang diasaskan oleh yahudi) di Northam Road di Pulau Pinang pada tahun 1927.
Penubuhan salah satu loji Freemason oleh penjajah pada tahun 1927 di Pulau Pinang, upacara perletakan batu asas.
6) Dokumen rahsia yang dihasilkan oleh kerajaan US mengenai penubuhan negara Malaysia bertajuk seperti dibawah telah dikeluarkan dari website rasmi setelah artikel mengenainya diterbitkan semula oleh UITM.
"Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001."Bukti pemimpin Melayu menentang gerakan NWO
7) Dato Onn Jaafar: pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR), tulisan asal
ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو
atau nama sekarang telah diinggeriskan menjadi United Malay National Organisation (UMNO) atas sebab British mengharamkan semua parti yang tidak di Inggeriskan.
8) Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:
“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.Rujukan : (Mohamed Abid, 2003, muka surat 191-192)
Saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.
Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan-pekerjaan dan tanggungan saya itu…“
1953; Dato Onn Jaafar , Richard Nixon dan Dato Thuraisingam. Ketika Naib Presiden itu melawat Malaysia.
9) Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan gerakan NWO itu sedari awal lagi, malangnya penyokong-penyokong UMNO telah dibutakan oleh dakyah anjing-anjing British dan agen-agen Freemason sehingga ke hari ini.
Akhirnya Pejuang UMNO ini yang dihina dan dituduh talibarut British.
10) Perjuangan memerdekakan Malaysia juga tidak terlepas dari permainan gerakan NWO walaupun gagal memujuk Dato Onn Jaafar untuk bekerjasama. Agen-agen NWO mula beralih menghasut pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial AS (dizaman itu mereka belum mengetahui kewujudan NWO), juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi bahagian Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura masuk Malaysia.
Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut dipancing untuk menyertai gerakan NWO dengan menganugerahkannya sebuah pingat Kemanusian di Geneva.
Akhirnya Pejuang PAS ini merengkok di dalam tahanan ISA atas tuduhan kononnya menentang penubuhan Malaysia.
11) Penyerahan Singapura adalah kejayaan agenda gerakan NWO. Singapura diserahkan ketika Tunku dirawat di London Clinic akibat penyakit kayap. Ketika itu PBB sedang bersidang dan Tun Dr. Ismail yang bakal menjadi timbalan perdana menteri telah menjadi ketua delegasi Malaysia.
Tunku telah meminta Duta Malaysia di Belanda Datuk Philip Kuok datang ke London dan kemudiannya terbang ke New York membawa pesan kepada Tun Ismail agar singgah di London dalam perjalanannya pulang ke Malaysia. Tunku telah mengarahkan Tun Ismail terus pergi ke Singapura dan mendesak Mr. Lee menyerahkan dokumen persetujuan ahli kabinet Singapura mengenai perpisahan itu
(Teori aku: Tunku diugut di London agar menyerahkan Singapura kepada LKY secepat mungkin..mungkin kah Tunku juga diugut dengan Fitnah Liwat?..Apabila sudah menguasai media, fitnah Liwat ini amat cukup berkesan sebagai senjata untuk menjatuh maruah Ahli Kitab)
Pemudahcara gerakan NWO di Malaysia
12) Penyertaan komunis kedalam perjuangan menentang penjajah telah mengubah corak perjuangan orang-orang Melayu.
Lai Teck yang berasal dari Vietnam telah digunakan oleh British untuk menggagalkan usaha memerdekakan negara selepas Jepun menyerah kalah. Lai Teck pernah berkhidmat dengan Perancis ketika di Vietnam sebagai ejen perisikan. Selepas diketahui tentang peranannya sebagai tali barut penjajah oleh rakyat Vietnam, beliau menyusup ke Singapura untuk membantu British.
Hakikatnya, Parti Komunis Malaya yang di asaskan oleh Lai Teck adalah antara percaturan gerakan NWO untuk menjayakan agendanya.
13) Ghazalie Shafie adalah pengaturcara (indirect rule) gerakan NWO ketika penubuhan negara Malaysia. Beliau adalah seorang intelektual berkelulusan undang-undang dari University College of Wales pada tahun 1951 dan mendapat ijazah sarjana dari London School of Economics pada tahun 1953.
King Ghaz adalah seorang penjawat awam yang cekap dan seorang diplomat yang berkesan. Apabila Menteri Pertahanan Britain Lord Carrington, bersara dari politik, setelah selesai The Falklands War dengan kemenangan Britain ke atas negara Argentina, Tun Ghazali Shafie berbangga kerana beliaulah 'the last, internationally known, member of the Second World War British Intelligence who is still active in office.'
Peperangan 'KeAdilan' terhadap gerakan NWO
14) Gerakan NWO telah merancang sesuatu yang besar selepas era pemerintahan Najib Tun Razak kerana pencaturan Perdana Menteri Malaysia telah berakhir!
R - Tunku Abdul Rahman
A - Tun Abdul Razak
H - Tun Hussein Onn
M - Tun Dr. Mahathir Mohamad.. (Musa Hitam bertanding tapi kalah kepada Dr.M)
A - Abdullah badawi (Anwar Ibrahim dipenjarakan atas tuduhan liwat/sodomi)
N - Najib Tun Razak (seperti menang tanpa bertanding kerana tiada lagi orang ada nama N)
"Kerajaan telah memilih Perang Besar".
Sumber rasmi petikan ucapan ini: Ucapan Mahathir mengenai PERANG BESAR
0 Response to "Malay Shire: Hobbit vs New World Order."
Posting Komentar