HIDUP DI BAWAH KEKUASAAN DAJAL

Gua berhipotesis secara separuh sedar sehingga gua catatkan apa yang gua rasa...bleh caya ke??

Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:

Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.

Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”

Rasa2 gua maksud hadis tu pada hari ini: 
MASA = DUIT@UPAH@GAJI.
Kehidupan manusia kini menghitung masa mengikut kitaran gaji dan perasaan berharap supaya waktu terima gaji semakin hampir...
"cepat laa cukup bulan, cepat laa dapat bonus...tup tup..eeh ehh dahhh setahunn...sembahyang pun baru buat lima kali jerr...solat raya 2x, solat jumaat 1x, zohor 1x, asar 1x, maghrib 1x..


Fitnah Dajjal

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya – Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal, mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.


Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?” Nabi menjawab: “Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” HR Ibnu Majjah

Rasa2 gua:
DAJAL MENGAWAL EKONOMI SEPENUHNYA.
Industri makanan dan sumber asli, kewangan dan teknologi adalah keperluan manusia hari ni..dajal mengawal sistem ini secara piramid melalui pengikut-pengikutnya. (Rujuk pada simbol, logo, lambang dan reka bentuk bangunan.)
Sehingga ke suatu masa kesusahan yang melampau..harga barang-barang keperluan semakin naik, orang-orang mukmin tidak lagi mampu membeli makanan dan menghabiskan hari-hari mereka dengan berpuasa dan berzikir..mereka tetap bersama Allah Taala Tuhannya, Islam agamanya dan Nabi Muhammad S.A.W adalah nabinya.
2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka – Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

Rasa2 gua:
 PILIHAN PARTI POLITIK.
Gua ambil contoh dalam negara kita. Sekiranya kita masih memilih Umno, kita akan mengekalkan sistem kehidupan kita hari ini. Sistem ciptaan dajal.. demokrasi, sistem kewangan riba ...dan perbuatan yang amat dicintai iblis dan dajal ialah manusia membiarkan ketidak adilan, penyelewengan, rasuah salahguna kuasa dan maksiat berleluasa.
Sabda Nabi Muhammad SAW, "Manusia akan melantik menjadi pemimpin mereka dari kalangan orang yang jahil."...Apa akan jadi bila orang yang jahil diangkat menjadi pemimpin?...Kata Nabi saw, "Apabila pemimpin yang jahil itu ditanya tentang Islam; mereka akan memberi fatwa jawapan tanpa ilmu. Dengan ini, mereka akan sesat dan menyesatkan orang lain."
Kan sama macam pemimpin umno hari ni??..Satu contoh nyata, kalau undi BN dapat duit...duit? Sapa taknak duit???

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya – Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan orang dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” HR Muslim

Rasa2 gua:
TEKNOLOGI INTERNET DAN FIBER OPTIC.
Teknologi internet dan kepantasan fiber optic memindahkan maklumat memang menakjubkan generasi yang lahir sebelum tahun 70an ..
NAMUN PERLU DIINGAT.
“وَمَكَرُواْوَمَكَرَا للّهُ وَاللّهُ خَيْرُالْمَاكِرِينَ“ 

“Dan Mereka Merancang,Allah juga merancang,Dan ALLAH adalah sebaik-baik Perancang” (surah al-Imran :54) 

0 Response to "HIDUP DI BAWAH KEKUASAAN DAJAL"

Posting Komentar