Banyak hadis-hadis sahih yang memperkatakan tentang kemunculan dajjal dan menyatakan bahawa Mekah dan Madinah tanah yang diharamkan untuk Dajjal.
Pauk-puak memuja dajal di Hoollywood kerap menghidangkan santapan minda manusia dengan kehadiran dajal yang akan muncul di khalayak ramai. Filem-filem seperti Lord of the rings. Matrix dan Monster inc. adalah antara propaganda puak-puak dajal untuk memukau minda generasi akan datang. Filem Monster Inc. amat bersesuaian sekali dengan kisah Tamim Ad-Dari yang telah bertemu dajal disebuah pulau yang sejuk.
Dajal dan Al-Jasassah
“Sesungguhnya cerita Tamim ad-Dari ini bersesuaian dengan dengan apa yang pernah aku ceritakan kepada kamu semua terutamanya tentang keistimewaan Mekah dan Madinah. Ketahuilah! Dajjal itu berada di Laut Syam atau Laut Yaman. Sesungguhnya ia berada di arah Timur”, terang Baginda sambil menunjukkan tangannya ke arah Timur.
Sebagai permulaan dalam kisah ini, marilah kita merenung sebuah hadith sahih yang panjang dan mahsyur yang diriwayatkan oleh ramai sahabat-sahabat Nabi SAW. Kisah ini diceritakan oleh seorang yang baru memeluk Islam ketika itu, dan beliau menceritakan pengalamannya sesat di sebuah pulau misteri dan berjumpa dengan sesuatu yang agak pelik.
Hadith ini diriwayatkan oleh Amir Ibnu Sharahil Shabi Shab Hamdan dan disampaikan dari Fatimah binti Qais dan Fatimah mendengar hadith ini terus dari baginda Rasulullah SAW. Hadith ini sangat panjang dan izinkan saya untuk meringkaskan hadith ini dalam bentuk cerita:
Pada suatu hari Rasulullah SAW naik ke atas mimbar dan berkata kepada semua para sahabat baginda yang berada di dalam masjid itu. Baginda SAW menceritakan tentang pengalaman seorang Nasrani bernama Tamim ad-Dari yang baru memeluk Islam dan berbaiah kepada baginda. Cerita yang disampaikan oleh Tamim ad-Dari sangat bertepatan dengan apa yang dikisahkan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat sebelum ini.
Pada suatu ketika, Tamim ad-Dari bersama 30 orang lelaki dari kaum Lakhm dan Juzdam mengharungi lautan dan dilambung badai dan gelora. Setelah dilambung badai selama 1 bulan, mereka akhirnya bertemu dengan sebuah pulau misteri yang berada di tengah-tengah lautan dan mereka berlabuh di pulau itu dengan menaiki perahu kecil.
Pulau Svalbard kini adalah tanah jajahan Norway.
Ia mula dibuka pada tahun 1790 oleh Britain, Denmark, Belanda, Perancis dan Rusia.
Selain stesyen NASA USA, Jerman dan Sweden juga memiliki stesen cuaca disitu..
tetapi mengapa ada populasi orang-orang Thai di Svalbard???
Pakaian berbulu orang Innuit yang menduduki kawasan Artik.
“Akulah pengintip rahsia (Jassasah)”, jawab binatang berbulu lebat itu.
“Pengintip apa?” mereka bertanya lagi.
“Tak usahlah kamu bertanya lagi. Pergilah kamu temui seorang lelaki yang berada di dalam biara (tempat pertapaan) kerana ia sangat merindukan berita dari kamu”, jawab binatang itu lagi.
Pintu masuk ke Global Seed Vault di Pulau Svalbard.
Adakah disini tempat dajal menyihir biji benih tanaman yang menjadi makanan manusia hari ini??
Mereka pun pergilah ke biara itu. Apabila mereka sampai di dalamnya, mereka menjumpai sebesar-besar manusia yang dirantai dengan kuat. Kedua tangannya dibelenggu di lehernya. Kaki dan lututnya diikat dengan besi hingga buku lalinya.
“Makhluk apakah kamu ini?” tanya mereka kepada makhluk itu.
“Sebenarnya kamu telah melihat keadaanku. Kamu pula siapa?” tanya makhluk itu kembali.
“Kami adalah bangsa Arab. Kami belayar di laut yang bergelora lalu kapal kami dipukul ombak selama sebulan dan akhirnya kami terdampar di pulaumu ini”, jawab mereka.
Setelah mendengar penjelasan mereka, makhluk berantai itupun bertanya, “Cuba ceritakan kepadaku tentang kurma di Beisan (Beit She'an, Israel). Adakah ia masih berbuah?”, tanya makhluk itu.
“Ya! Ia masih berbuah.” jawab mereka.
Poko kurma di Beit She'an, Israel.
Kalau dulu ya, tapi kini hanya tinggal sedikit jumlah tanah untuk petani Palestin.
“Sesungguhnya hampir ia tidak berbuah lagi. Bagaimana pula tentang Tasik Thabariayah (Tiberias, Israel)? Apakah ia masih ada air?” tanya makhluk itu lagi.
“Airnya masih banyak.” jawab mereka.
Lalu dia berkata “Sesungguhnya tidak lama lagi ia akan kering”.
Makna soalan: Adakah zionis telah memiliki Israel dan mengisinya dengan penganut-penganut agama yahudi?
Hari ini semakin ramai penganut-penganut agama yahudi kembali berpindah ke Israel, air tasik Thabariyah@ Tasik Galilee yang menjadi sumber utama kegunaan rakyat Israel juga semakin berkurangan.
Mata air di Zohar di lembah Safed, Israel.
“Ya! Airnya masih banyak dan penduduk di sekelilingnya masih menggunakan mata air itu untuk tanaman mereka”, jawab mereka.
Makna soalan: ???
Zohar adalah nama satu mata air yang mengalir dari dalam taman memberi manafaat tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Orang yang dekat dengan itu menikmati semua keseronokan.
“Bagaimanakah dengan nabi orang-orang ummiyin? Apakah yang dikerjakannya? Dan apakah orang-orang Arab memeranginya?”
“Dia dilahirkan di Mekah dan telah berhijrah ke Yathrib (Madinah). Ya, mereka memeranginya” jawab mereka.
“Seterusnya bagaimana perlakuannya terhadap mereka?” tanya makhluk itu berkenaan Rasulullah.
“Dia telah banyak memperolehi kemenangan terhadap mereka, bahkan hampir semua orang Arab yang ada di sekelilingnya telah mengikutinya” mereka menjawab.
“Sungguhkah itu yang terjadi?”, tanya makhluk itu untuk mendapatkan kepastian.
“Ya! Sesungguhnya itulah yang terjadi”, jawab mereka dengan yakin.
Lalu makhluk itu berkata:
“Kalau mereka mengikutinya, maka itulah yang terbaik. Maka sekarang ini aku ingin memberi tahu kepadamu siapakah sebenarnya aku. Akulah Al-Masih Ad-Dajjal. Rasanya sudah hampir diizinkan aku untuk keluar. Bila aku keluar nanti aku akan berjalan ke serata permukaan bumi sehinggakan tiada sebuah kampung pun yang terkecuali. Aku akan berada selama 40 hari kecuali Makkah dan Tahibah. Kedua kota ini diharamkan ke atasku. Aku dihalang oleh Malaikat dengan pedang yang terhunus. Mereka mengawal kedua-dua kota itu daripadaku dan sesungguhnya pada setiap Malaikat yang menjaganya”, terang makhluk yang bernama AD-DAJJAL AL-MASIH itu.
Rasulullah SAW menghentak tongkatnya seraya berkata “Inilah Tahiyibah!! Inilah Tahiyibah!! Inilah Tahiyibah yakni Madinah. Bukankah aku telah sampaikan berita ini kepada kamu semua?”
“Benar, wahai Rasulullah!”, para sahabat menjawab.
Tiga pertanyaan dajal kepada Tamim ad-Dari adalah berkaitan dengan paras air di Laut Mati yang menjadi sumber utama kepada pertanian dan penduduk disepanjang sungai Jordan.
0 Response to "Permainan Minda"
Posting Komentar