"Godfather" Jemaah Gelap

Gua pernah melibatkan diri dengan kumpulan jemaah gelap tetapi bukan sebagai ahli. Penglibatan gua pun kerana  jemputan seorang Sahabat Sekolah Gua (SSG) yang telah diangkat menjadi Ayahanda sebuah pertubuhan yang gua pun tak pasti namanya.

Begini ceritanya..

SSG menghantar sms menjemput gua ber"reunion" sambil minum-minum di BBC. Katanya beberapa orang sahabat sekolah kami juga akan hadir sama. Hubungan gua dan SSG rapat di zaman persekolahan kerana kami satu kelas dari darjah satu sehingga ke tingkatan lima. Di zaman sekolah, kami amat dikenali. Guru disiplin mengenali  kami sebagai geng budak-budak pandai yang nakal.. kerana kami dari kelas 5 sains 1.


Kali terakhir gua bertemu SSG ketika dia menjadi seorang peguatkuasa undang-undang yang menjawat jawatan Timbalan Pengarah didalam sebuah agensi kerajaan. SSG boleh dikatakan pakar undang-undang jenayah dan kerajaan tempatan. Dengan kuasa yang dimiliki, SSG mudah  untuk menggerakkan anak-anak buahnya menjalankan sebarang arahan.

Selepas itu, kami putus hubungan kerana gua merantau ke utara dan hanya mendengar cerita SSG telah berhenti kerja. Gua sendiri tak pasti samada SSG meletak jawatan atau akibat dikenakan tindakan tata-tertib. Dan gua pun malas nak bertanya, kot-kot  itu soalan sensitif kerana terlalu lama kitorang putus hubungan.


Mengikut cerita mak gua di kampung, SSG pernah melepaskan geng orang2 tua kampung gua yang gila berdangdut dari di samun. Kejadian bermula disuatu pagi ketika geng orang2 tua kampung gua balik berdangdut di Sentol. Kereta mereka telah dihalang oleh dua buah kereta yang di naiki penyamun lelaki india dan cina.

Peristiwa itu berlaku ketika kereta mereka melintasi Kepong Menjalara dan penyamun itu mahu merampas kereta Merc mewah yang dipandu oleh orang tua kampung gua tu. Orang tua tu terus petik nama SSG dan minta penyamun-penyamun tu selesaikan dengan SSG. Dengan satu panggilan sahaja SSG turun dengan berpuluh-puluh kereta ke Kepong dan selesaikan kes tu. Selama ini gua tak tahu pun rupa-rupanya SSG ni harimau kawasan Bukit Bintang.


Pemergian gua ke BBC dijemput oleh Budak Kampung Gua (BKG) sebab gua tak tahu cara-cara nak masuk kelab BBC. BKG adalah pengikut SSG pakai baju merah pangkat abang ngah dalam pertubuhan walaupun umurnya lebih tua dari kami.

BKG ni dah terbukti keganasannya. Setakat duit pau lori pasir dikampung gua memang jadi pendapatan bulanannya. Itu belum lagi aktiviti samun bersenjata dan samun sambil menyamar penjawat awam. Kegiatan samun BKG ini dilakukan diluar kawasan sehingga ke Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Akhirnya BKG ditangkap ketika sedang makan laksa di warung dikampung kami. BKG dibawa melancung ke penjara selama 7 tahun. Itu kali terakhir gua mendengar kisahnya sehingga kami bertemu kembali setelah lebih 10 tahun tidak berjumpa. Kini beliau telah berubah dan bekerja sebagai seorang pemandu lori kontraktor propel.


Di BBC gua duduk sebelah SSG sambil diapit awek-awek seksi. Pertama kali gua melihat isteri baru SSG yang tak kurang hebat aksinya. muda, lincah dan bertenaga. Gua kusyuk melihat gelagat ahli-ahli kumpulan jemaah gelap yang hadir bertemu dan mengucap tahniah kepada SSG. Dari peringkat remaja sehingga para selebriti, artis dan pelakon yang datang bersalam  mencium tangan dan berlaga pipi dengan SSG. Siapa selebriti-selebriti tu, biarlah gua rahsiakan jerr...

Awek-awek dan botol arak atas meja tak berhenti-henti bertukar ganti...peninggg..siapa yang bayar???...gua tak ambik port..dan gua terus menyempit disebelah awek-awek yang dah mabok arak sambil layan live band!....hahahahahahaarammmm


Gua berpeluang berjumpa dengan adik SSG yang berpangkat di Rejimen Renjer. Hubungan SSG dan adiknya sangat rapat kerana mereka kehilangan ibu semenjak dari kecil lagi. Kedua-dua mereka dipelihara ayah mereka sehingga tamat persekolahan. Ketika dizaman sekolah, gua , SSG dan adiknya pernah berperang dengan budak india 6 orang dibelakang panggung wayang bersenjatakan talipinggang yang berbuckle selepas waktu sekolah. 2 lari 4 lembik.

Puncanya kerana tersepak kaki ketika menaiki bas ke sekolah...bila difikirkan kembali..memang memalukan hanya kerana sebab yang amat kecil.


BKG beritahu pada gua ada berapa orang lagi sahabat gua dah naik menjadi ayahanda dan memiliki bermenatus-ratus anak buah. Sahabat gua, Ayah WJ  yang hadir bersama dua awek dan budak-budaknya menjalankan perniagaan katering, landskap dan sindiket pelacuran antarabangsa (tidak dinyatakan dalam business card pulak).

Seorang lagi sahabat gua Ayah J juga tidak kurang hebatnya. Beliau tidak hadir kerana outstation ke Bangkok tapi menghantar wakilnya. Ayah J menjalankan perniagaan kantin kilang dan lori treler di Negeri Sembilan. Salah seorang adik BKG bekerja di kantin Ayah J.


Mengikut cerita BKG, SSG, isteri baru dan drivernya  pernah di serang dengan parang oleh kongsi gelap cina di pusat karaoke Yow Chuan Plaza. Dalam serangan itu SSG, isteri dan drivernya berjaya melepaskan diri walaupun luka akibat tetakan. Ramai juga kongsi cina yang tumbang dalam serangan itu kerana SSG telah melakukan "repeat" malam itu juga ditempat yang sama dengan beratus orang budak-budaknya. Yow Chuan adalah tanah jajahan SSG..anak cina tu silap tempat.

Puncanya sebenarnya ialah kerana SSG minta bayaran bulanan RM770 dari kedai taiko kongsi gelap kerana telah melanggar undang-undang negeri. Akhirnya, kedai taiko cina itu ditutup dengan tindakan mahkamah.



Selepas jam 3 pagi, kelab ditutup untuk para tetamu kecuali ahli-ahli kumpulan SSG. Lampu pun dipasang terang dan tirai-tirai tingkap dijatuhkan. Kami semua minum-minum dan berkenal mesra sambil SSG memperkenalkan gua dengan anak, anak, anak-anak buahnya.

Ada diantara mereka yang datang dari dari luar KL untuk meraikan SSG. Ramai juga diantara ahli-ahli level abang long yang hadir mewakili ayahanda mereka. Mereka datang melapurkan keadaan semasa kawasan mereka.


Yang sempat terakam ditelinga gua ada yang mengadu meminta SSG menyelesaikan masaalah langgar melanggar, curi, tarik kereta, pancung, cybercafe dan beberapa istilah yang digunakan gua kurang faham serti lambung, potong la bagai... Beberapa nama ayah yang gua biasa baca dalam internet pun naik...besar networking pertubuhan yang diterajui SSG sehingga terlibat ke industri perfileman dan pengiklanan. Hebattt...

Gua melihat semua ni seolah-olah seperti lakonan filem Godfather dan SSG seperti watak Don Corleone walaupun hakikatnya.... tapi ni depan mata gua beb.


SSG memang kapal besar gua cakap lu....kalu ada hati nak langgar dia, baik lupakan saja...budak-budak dia yang duduk keliling kitorang punya badann..masyaallah.. tegap-tegap dan ramai pulak tu...driver SSG yang setia ni jer bekas seorang anggota dan ahli tinju. Pada kiraan kasar gua , ada lebih kurang 200 orang ahli pertubuhan yang gua pun tak pasti apa namanya yang hadir.

Rahsia di dalam rahsia..
Apa yang tersurat dan tersirat..

Setelah hampir jam 5 pagi kami semua bergerak ke kedai mamak di Kampung Pandan untuk sarapan pagi dan gua kasi setel satu table..small investment jerr tuu.

0 Response to ""Godfather" Jemaah Gelap"

Posting Komentar